Ed Sheeran Kata Bodoh Kalau Ciplak, Pemerhati Muzik Dakwa Lagu Thinking Out Loud Terlalu Sama
Maliah Surip
28/04/2023 13:13 MYT
28/04/2023 13:13 MYT
Penyanyi terkenal Ed Sheeran kini menjalani perbicaraan tuduhan menciplak lagu hitnya, Thinking Out Loud. Lagu tersebut didakwa diciplak daripada sebuah lagu klasik milik Marvin Gaye berjudul Let’s Get It On.
Sheeran bagaimanapun menafikan dirinya telah menciplak lagu tersebut, terutama merujuk kepada dakwaan dia melakukan hal tersebut sewaktu membuat persembahan dalam salah sebuah konsertnya pada tahun 2014.
Saat itu, Sheeran telah menggabungkan lagu Thinking Out Loud dan Let's Get it On menjadi medley.
Dalam kenyataan yang diberikan di mahkamah, Sheeran mengatakan dirinya tidak bodoh untuk menciplak lagu tersebut dan mendendangkannya kepada khalayak.
“Jika saya melakukan apa yang dituduh, saya adalah bodoh kerana telah berdiri dan melakukan persembahan di hadapan 20,000 orang dan melakukannya (ciplak),” kaya Sheeran dalam pengakuannya di Mahkamah New York, lapor BBC.
Sheeran disaman sebanyak RM445 juta pada tahun 2018 itu juga menjelaskan dia pecaya sebahagian besar lagu pop dibangun di atas blok bangunan yang telah tersedia secara bebas selama ratusan tahun.
Sementara itu, seorang pemerhati muzik, Dr. Alexander Stewart yang dipanggil menjadi saksi plantif mendakwa kedua-dua lagu tersebut mempunyai persamaan yang sangat ketara.
Stewart mengatakan, dia menemui persamaan ketara pada bahagian harmonic rhythm selain pada bahagian verse, korus dan interlude.
Thinking Out Loud dirilis pada tahun 1973, manakala Thinking Out Loud pada 2014 dan dinobatkan sebagai Song of The Year dalam anugerah Grammy pada 2016.