Berita gembira buat peminat BTS dan Ed Sheeran!

Dua nama besar ini kembali bekerjasama kerana Ed Sheeran akan menghasilkan lagu buat kumpulan K-Pop terkenal itu untuk kali kedua.

"Saya telah bekerjasama dengan BTS sebelum ini dan sekarang, saya sedang menulis lagu baru untuk mereka.

"Apa yang boleh saya katakan, mereka semua sangat 'cool'," kata Ed Sheeran seperti yang dipetik dari NME.

Perkara itu turut disahkan oleh label rakaman kumpulan berkenaan, Big Hit Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Ianya benar, Ed Sheeran akan terlibat dalam lagu baru BTS," kata kenyataan itu.

Terdahulu, Ed Sheeran menghasilkan lagu Make It Right nyanyian BTS yang dimuatkan dalam album Map of the Soul: Persona.

Dalam perkembangan lain, Ed Sheeran baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Bad Habits.

Manakala BTS, pihak pihak menteri Korea Selatan pada 23 Jun, bersetuju untuk menangguhkan latihan ketenteraan untuk anggota kumpulan mereka.

Foto: AllKpop