Ed Sheeran Kembali Gegarkan Malaysia Pada 13 April Ini!

Kamaruddin Razal
Januari 10, 2019 02:00 MYT
Selepas mengadakan konsert di Axiata Arena pada November 2017, penyanyi antarabangsa popular, Ed Sheeran bakal kembali menggegarkan Malaysia menerusi Ed Sheeran’s Stadium Tour!
Bakal diadakan pada Sabtu, 13 April 2019, konsert ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selain Malaysia, Ed juga bakal mengadakan konsert di Tokyo, Seoul, Osaka, Singapore, Bangkok, Jakarta dan Afrika Selatan.
Tiket Ed Sheeran’s Stadium Tour bakal mula dijual bermula Selasa, 15 Januari 2019 pada jam 10 pagi.
Harga tiket dijual bermula dari RM98, RM198, RM298, RM358 dan RM488 serta boleh didapati menerusi laman web prworldwidelive.com dan myticket.asia
#Penyanyi #Penyanyi #Ed Sheeran