Penyanyi yang popular menerusi lagu Thinking out loud, Ed Sheeran, telah muncul dengan dua buah lagu baharu selepas menyepi selama dua tahun dari mengeluarkan sebarang single.

Daily Mail melaporkan Ed menerusi Twitternya memberitahu lagu berjudul Shape of You dan Castle on the Hill itu adalah hadiah untuk peminat yang tidak jemu untuk menyokongnya selama ini.

"Dua single ini merupakan hadiah kepada peminat yang telah lama menantikan kehadiran single terbaharu saya sejak dua tahun lalu.

"Memandangkan saya telah menyepi agak lama, jadi saya mengambil keputusan untuk mengeluarkan dua single sekaligus untuk anda semua," katanya.

Ed Sheeran juga dilihat membuat kejutan apabila muncul menerusi program BBC Radio 1 Breakfast baru-baru ini untuk mempromosikan single terbaharunya itu.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail