HIBURAN

Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Terlepas Hukuman Penjara, Bebas Daripada Tuduhan Miliki Pil Kuda

Gempak 06/03/2025 | 04:21 MYT
Penyanyi 'Bea Sobar Bea' Eda Ezrin, 30, suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis memutuskan mereka bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.

Media sebelum ini melaporkan Mahkamah Wilayah Narathiwat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila nasib Eda Ezrin, suami serta empat rakannya akan diputuskan pada Khamis.

Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, di sini pada 1 November tahun lalu.

Selain Eda Ezrin, suami (Mohd Affendi Ahmad, 35), Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdieka Mohd Noor, 33, serta Zuhaira Nasrin, 26, turut berdepan pertuduhan memiliki pil kuda tersebut.

Hakim menetapkan tarikh keputusan kes itu pada 6 Mac (Khamis) selepas selepas selesai mendengar keterangan dan saksi pendakwaan semasa perbicaraan berlangsung pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Sumber - Sinar Harian

#Eda Ezrin #Pil Kuda #Suami Eda