HIBURAN
Eddie Hamid Beri Nasihat Pada Eda Ezrin - “Bersihkan Semula Nama, Harap Pilih Kawan Yang Betul”
Komposer dan penulis lagu, Eddie Hamid, memberi nasihat kepada penyanyi Eda Ezrin agar meninggalkan rakan-rakan yang boleh memberikan pengaruh buruk apabila dibebaskan daripada tahanan penjara selepas ini.
Bersihkan nama, cari rakan yang baik
Menurut Eddie, Eda seharusnya berusaha untuk membersihkan kembali namanya dan tidak lagi terlibat dengan perkara yang boleh merosakkan reputasi diri."Kalau boleh, keluarlah sebagai Eda Ezrin yang baharu,” katanya."Ketika ini, nama dia sudah terkesan. Bersihkanlah semula nama itu. Saya harap dia memilih kawan-kawan yang betul. “Tak salah nak berseronok. Saya pun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni ini tapi tak pernah terlibat dalam hal seperti ini.
Eddie berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Nova Music, 17 Eleven & Future Music Entertainment, baru-baru ini.
Mungkin tidak kembali aktif
Dalam pada itu, Eddie berpendapat, Eda mungkin tidak akan kembali aktif dalam industri muzik seperti sebelum ini.“Di sana pun, katanya dia kerap mengaji Al-Quran. Mungkin dia sudah insaf,” ujarnya."Sudah tentu saya mahu berjumpa dengan dia, tapi saya rasa, dia tidak mahu menyanyi lagi. Kalau nak menyanyi pun mungkin lagu ketuhanan. “Sebagai penulis lagu, saya pun terkena tempias. Ada yang gelar saya penulis lagu ‘Bea Kuda Bea’ dan begitulah sebaliknya.
Ada berhubung
Malah, Eddie juga turut memaklumkan dia ada berhubung dengan Eda beberapa minggu sebelum penahannya.
“Tiga minggu sebelum Eda ditahan, saya ada hubungi dia. Ketika itu, lagu ‘Bea Soba Bae’ tengah naik.
“Saya bagitahu dia supaya berjaga-jaga sebab industri ini ada ramai ‘kaki sailang’. Akan ada orang yang tak suka kita. “Ditambah pula Eda naik secara mengejut. Pada waktu itu, lagu berkenaan sudah naik 20 juta.
“Dia ada call saya lagi, maklumkan suara dia sakit dan mengalami masalah. Ketika itu, dia sedang berurusan dengan Ustaz.
“Katanya seperti ‘terkena’, ada orang tak suka dia. Kalau ada yang nak kata perkara ini tahyul, terpulang.
“Lagipun, hal seperti ini memang ada di dalam dunia. Malah, dia tolak banyak show sebab tiada suara,” jelasnya.
Terdahulu, Eda yang popular menerusi lagu Bea Sobar Bea bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis memutuskan mereka bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.
Must-Watch Video