HIBURAN
Edika Yusof & Bekas Isteri Kembali Rujuk - “Kami Berbincang Teruskan Jodoh Ini”
Rumah tangga pelakon Edika Yusof dan Nor Hidayah Yusri kembali menjadi perhatian apabila dikatakan sudah berbaik selepas sah bercerai pada 5 Mei lalu.
Tampil menjawab perkara tersebut, Edika, 58, memberitahu mereka dalam usaha untuk mencari jalan terbaik sementara masih lagi dalam idah.
Jelasnya mereka sudah rujuk namun masih menunggu proses seterusnya mengikut undang-undang.
"Kami masih dalam proses, tapi peratus untuk berbaik itu ada, Insya-Allah.
“Kami pun sudah muhasabah diri dan berbincang secara baik untuk teruskan jodoh ini.
"Kami juga sedang tunggu surat (mahkamah) tapi masih belum tinggal bersama," katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Edika, keputusan untuk berbaik dibuat secara bersama setelah kedua-dua pihak menunjukkan kesungguhan untuk berdamai.
"Saya tak pernah putus asa untuk berbaik. Dia pun berusaha untuk memberi ruang. Bila bertemu, kami bincang kesilapan masing-masing.

“Malah bila keluar rumah pun, tiada pertengkaran atau pergaduhan," kongsinya.
Dalam pada itu, Edika memberitahu anak-anak menyedari keputusan yang diambil dan memberikan ruang kepada pasangan itu untuk menentukan hala tuju hubungan mereka.
"Anak-anak pun sudah dewasa dan mereka tahu tentang perkara ini. Terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak kerana ini perkahwinan kami, bukan mereka.
"Ini perjalanan hidup kami, jadi kami yang akan tentukan," katanya.
Untuk rekod Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.
Sumber: Mstar