gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Cerita Zara Qairina Dimasukkan Ke Mesin Basuh Hanya Spekulasi - Peguam
HIBURAN
Erra Fazira Dedah Cara Pantau Anak Guna Telefon Bimbit - “Kalau Dia Buat Salah Atau Langgar Perjanjian Maka…”
HIBURAN
Gabungan Sung Kang, Lana Condor & Ross Butler Dalam Filem Worth The Wait Jadi Perhatian Ramai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Edika Yusof & Nor Hidayah Kini Dalam Proses Pulihkan Hubungan - “Kami Harap Dapat Terus Bersama Sampai…”

Umirah Halim
Umirah Halim
06/08/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Edika Yusof & Nor Hidayah Kini Dalam Proses Pulihkan Hubungan - “Kami Harap Dapat Terus Bersama Sampai…”
Status rumah tangga pelakon senior, Edika Yusof kembali menjadi perhatian selepas timbul desas-desus mendakwa dia dan Nor Hidayah Yusri telah kembali berbaik semula selepss sah bercerai pada 5 Mei lalu.
Menguatkan spekulasi tersebut, pasangan ini mengesahkan mereka kini dalam proses mencari jalan terbaik untuk memulihkan hubungan yang telah terjalin sejak lebih dua dekad.
Menurut Hidayah, ketika ini fokus utama mereka adalah untuk meneruskan kehidupan dan memperkukuhkan apa yang sedang diusahakan, termasuk urusan perniagaan.
“Saya rasa sekarang ni saya memang tak ada apa-apa komen. Edika pun dah bagi kenyataan.
“Yang penting sekarang, kita nak jayakan apa yang sedang diusahakan. Jadi, kena kerja keras ke arah itu. Selain tu, saya akan sibuk dengan urusan bisnes,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Edika pula menjelaskan walaupun diuji dengan fasa sukar dalam rumah tangga, mereka tetap memilih untuk berbincang secara matang dan memperbaiki keadaan demi kebaikan bersama.
Tambahnya lagi, hubungan perkahwinan yang dibina selama 22 tahun itu terlalu berharga untuk dilepaskan begitu sahaja.
“Kita macam inilah, kami dah berkahwin selama 22 tahun. Jadi, kita tak nak sia-siakan apa yang dah dibina. Kita dah mula buku ni, jadi kita nak habiskan buku tu sama-sama. Kadang-kadang kalau ada kesilapan, kita muhasabah diri.
“Kita duduk, bincang semula, dan teruskan. Mungkin dua-dua buat silap, tapi kita akan perbaiki sama-sama. Kami harap dapat terus bersama sampai akhir hayat,” katanya.
Dalam pada itu, Edika turut memaklumkan fokus utamanya kini adalah kepada keluarga dan perniagaan, lebih-lebih lagi anak-anak mereka kini sedang melanjutkan pelajaran di kolej.
“Saya akan fokus kepada isteri dan keluarga. Anak-anak pun dah masuk kolej dan sedang belajar. Jadi, fokus saya sekarang adalah keluarga dan juga perniagaan saya,” jelasnya.
Untuk makluman, Hidayah memfailkan penceraian terhadap Edika pada pertengahan Februari lalu sebelum mereka disahkan bercerai pada awal Mei.
Kemudian, pada minggu lalu difahamkan pasangan ini memberitahu mereka dalam usaha untuk mencari jalan terbaik sementara masih lagi dalam idah.
Jelasnya mereka sudah rujuk namun masih menunggu proses seterusnya mengikut undang-undang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan selama lebih dua dekad itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.
Topic Berkaitan
#Hidayah
#Yusof
#Hubungan
#Bersama
#Edika
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement