HIBURAN
Edika Yusof Pernah Halang Isteri Keluar Rumah - “Masa Dia Keluar, Boleh Dikatakan Nusyuz”
Pelakon, Edika Yusof mendedahkan dia dan isterinya, Nor Hidayah sudah lagi tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan yang lalu.
Jelas Edika, 58, pada awalnya dia tidak bersetuju untuk Hidayah tinggal berasingan namun dia terpaksa akur demi kebaikan isterinya.
“Sudah masuk kira-kira tiga atau empat bulan lebih isteri saya keluar rumah.
“Masa dia keluar daripada rumah boleh dikatakan nusyuz juga sebab saya tidak benarkan.
“Kita boleh berbincang, ataupun hadiri sesi kaunseling, tetapi dia masih tetap dengan pendidian mahu keluar rumah,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana itu mendakwa isterinya keluar daripada rumah kerana mahu bermuhasabah diri.
Bagaimanapun, Hidayah sudah tetap dengan keputusan mahu mengakhiri mahligai yang dibina sejak 22 tahun ini.
“Bila dia keluar rumah mungkin dia akan muhasabah diri, saya pun akan muhasabah diri dan mungkin berjumpa semula untik berbincang.
“Tapi isteri saya sudah nekad untuk bercerai dan saya tidak boleh buat apa-apa,” jelasnya.
Menjelaskan lebih lanjut, Edika walaupun tindakan isterinya keterlaluan namun dia tidak mahu memfailkan nusyuz kerana tidak mahu membuka aib masing-masing.
“Saya tidak failkan nusyuz sebab saya tidak mahu panjangkan cerita. Kita sesama Islam dan kita pun telah hidup selama 22 tahun, kita boleh berkawan dan bersama seperti dahulu demi anak-anak,” kongsinya.
Ketika ditanya mengenai kediaman yang diduduki isterinya, Edika berkata Hidayah kini tinggal bersama anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq.
“Dia sudah pindah dekat kondo lain bersama anak sulung saya dan anak tiri saya duduk di unit yang sama tapi berbeza tingkat.
“Anak saya pun dah besar jadi mereka boleh jaga ibu mereka,” luahnya.
Dalam pada itu, Edika turut menyatakan jauh disudut hatinya dia masih menyayangi isterinya.
“Mestilah siapa yang tidak menyayangi isteri sendiri.
“Saya jaga dia seperti bayi. Ini pun saya risau dengan keadaan dia, makan dan minum,” ujarnya.