Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Edit Muka Anak Saya Sampai Jadi Bukan Rupa Dia, Dah Puas Hati?" - Neelofa

Izwan Isa
12/10/2022 10:30 MYT
Usahawan selebriti Neelofa melahirkan rasa kesal apabila wajah anaknya, Muhammad Bilal disunting oleh netizen dan dijadikan bahan ejekan di alam maya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Neelofa berkata, wajah anaknya telah disunting dan setelah itu disebarkan sehingga menerima komen yang tidak baik.

“Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu. Dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?

“Tak tahu nak rasa apa. Allahuakhbar,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian seterusnya, Neelofa berkata, perkara berkenaan dilihat tidak hanya melukakan hatinya sebagai ibu malah boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan khalayak.

“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah atau edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati.

“Benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tak baik. Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” katanya lagi.

Menerusi tinjauan Gempak, terdapat satu gambar yang telah disunting netizen tersebar di media sosial. Gambar tersebut merupakan seorang selebriti media sosial bernama Hasbullah yang menghidap penyakit kekurangan hormon tumbesaran GHD.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Neelofa #Muhammad Bilal
;