,
Berita

Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

Awani
14/10/2024
06:45 MYT
Astro AWANI kehilangan seorang kakitangan yang dedikasi, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia, pada awal pagi ini.
Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar, 36, yang juga Editor Video di Astro AWANI dipercayai maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) sekitar pukul 7.09 pagi tadi.
Ketika kejadian, Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar atau lebih mesra dikenali sebagai Randy dalam kalangan rakan sekerja sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.
Menurut laporan perubatan hasil proses bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), punca kematian Ahmad Hafiz Azhar akibat kecederaan di kepala dan dada ekoran kemalangan itu.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar juga dimandi dan dikafankan di HUKM sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan di sana.
Pemergian Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar disifatkan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail sebagai kehilangan besar buat keluarga Astro AWANI.
Sambil merakamkan ucapan takziah dan duka yang mendalam buat keluarga Ahmad Hafiz Azhar, Ashwad berkata, Astro akan membantu menguruskan segala urusan berkaitan pengebumian Allahyarham.
“Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar ialah seorang rakan sekerja yang amat berdedikasi serta memiliki keperibadian yang menawan. Kami akan merasakan pemergiannya.
“Semoga Allah SWT akan mencucuri roh dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman,” kata Ashwad.
Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar meninggalkan isteri, Nur Farrah Hanna Ibrahim, 35, serta dua anak lelaki, Noah Anaqi, 5, dan Nael Azraf, sembilan bulan.
Sebelum berkhidmat dengan Astro AWANI, Allahyarham pernah bertugas di agensi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama tiga tahun.
Beliau juga terlibat dalam kerja-kerja sukarela bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).
Astro AWANI mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar.
Doa kami semoga keluarga Allahyarham tabah dan cekal menghadapi ujian besar ini.
Al-Fatihah…
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ironman Langkawi: Syed Saddiq Cedera Langgar Pokok Tumbang

gempak
12/10/2024
14:36 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan selepas basikal ditungganginya terjatuh ketika menyertai Ironman Malaysia di di sini, hari ini.
Viral

Tragedi UiTM Dungun: Wanita Disyaki Langgar Pelajar Direman 4 Hari

gempak
10/10/2024
14:25 MYT
Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Hiburan

Kawan Baik Arwah Kharil Anwar Kongsi Video 4 Hari Sebelum Kemalangan, - “Allah Sudah Menghantarkan Seorang Insan Yang…”

gempak
10/10/2024
09:55 MYT
Kawan baik kepada Khairil Anwar, salah seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berkongsi sebuah video terakhir yang telah dirakam empat hari lepas bersama arwah.
Viral

Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

gempak
10/10/2024
01:20 MYT
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.
Hiburan

Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

gempak
30/09/2024
23:09 MYT
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari Brunei Darussalam ke Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.
BorakSeeni