Gaya Hidup

Effa Tampil Dengan 3 Jenis Fesyen Hijab Gaya Ala Seorang Pengarah

gempak
Ahmad Shah
17/11/2015
05:01 MYT
Sponsor Banner
Effa Tampil Dengan 3 Jenis Fesyen Hijab Gaya Ala Seorang Pengarah
Peserta Kecapi Impianku Bersama Sunsilk, Nur Effa berkongsi beberapa tutorial hijab ‘style’ yang boleh digayakan dalam masa satu minit.
Malah gaya yang ditunjukkan oleh Effa menerusi video pertama juga tidak terlalu rumit dan sesuai untuk dipakai ketika menghadiri sesuatu majlis atau keluar bersama rakan-rakan.
Effa yang juga merupakan anak didik kepada pengarah dan pelakon Melissa Saila dalam program tersebut turut menjadikan mentornya itu sebagai inspirasi dari segi gaya pemakaian hijabnya.
Dalam tutorial pertama, Effa menunjukkan cara bagaimana untuk menggayakan hijab ketika menghadiri majlis pra-tonton filem.
Tidak perlu terlalu banyak eksesori padat tetapi cukuplah hanya dihiasai dengan kerongsang besar yang cantik dan dipinkan di sebelah tepi ‘shawl.’
Sedikit kelainan ditunjukkan oleh Effa untuk tutorial kedua di mana dia menggunakan dua ‘shawl’ berlainan warna yang kemudiannya digabungkan dalam satu gaya.
Manakala untuk tutorial hijab ketiga, Effa memilih gaya ‘simple’ tetapi kemas di mana dia telah menggunakan ‘shawl’ dua warna untuk nampak ceria.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.astrogempak.com.my/ImpiankuBersamaSunsilk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024