Naga ada berkeliaran di Kuala Lumpur? Biar betul?

Mungkin ada yang tak percaya dan kurang pasti dengan kewujudan naga, tetapi ada wakil pakar dalam ilmu makhluk mitos yang mendakwa melihat naga berlegar di kawasan Kuala Lumpur.

Lebih spesifik, naga itu kelihatan di kawasan tumpuan terkenal penduduk sekitar Lembah Klang seperti pusat bandar, Bangsar, Damansara, Subang dan Bukit Jalil.

Ada juga yang mengatakan yang naga yang kelihatan itu mempunyai persamaan dengan naga yang muncul dalam siri popular HBO, Games of Thrones.

Ha, bagi anda yang mahu mencuba nasib untuk melihat naga terbabit dengan mata kepala sendiri, ada sedikit pesanan khas...

Bermula 16 hingga 28 April, anda disarankan untuk berada di spot popular kunjungan pelancong iaitu di sekitar kawasan kolam pancuran Pavilion, Bukit Bintang dan pada 3 hingga 19 Mei pula, anda boleh berlegar-legar di sekitar Pusat Membeli Belah 1 Utama, Damansara.

Untuk sesiapa yang bertuah dan dapat bertemu dengan naga terbabit, rakam fotonya dan gunakan laman sosial anda; tak kiralah di akaun Facebook, Instagram atau pun Twitter dan muat naik gambar untuk tatapan semua.

Apa yang penting, sertakan hashtag #AstroGoT #DragonSpotted kerana foto yang dimuat naik dengan kreatif bakal berpeluang untuk memenangi cenderamata eksklusif Game of Thrones!

Tapi, pastikan anda meletakkan entri dan laman sosial anda dalam mod 'public'!

Menerusi posting tersebut, huraikan sama ada replika rasmi naga itu jenis ais atau api dan beritahu sebabnya dan sedikit peringatan untuk anda, mata naga itu berubah warna!

Musim kemuncak Game of Thrones akan menemui penonton pada hari yang sama ia ditayangkan di Amerika Syarikat, menerusi saluran HBO (Saluran 411 dan 431).


Jika anda tak sempat untuk menonton musim-musim terdahulu siri Game of Thrones, jangan risau kerana anda berpeluang untuk menontonnya semua episod menerusi 'on demand', tanpa tapisan bersama sedutan eksklusif!

Semuanya turut boleh didapatkan melalui PVR dan Astro Go.

Jika anda bukan pelanggan Astro, jangan bimbang kerana Pas HBO Game of Thrones akan datang kepada anda tidak lama lagi.

Untuk sebarang maklumat atau informasi lanjut, layari laman web www.watchod.com