“Eh Buka Cafe Bukan Sebab Tak Ada Job,”- Ayie Elham Fikir Masa Depan

Mya Amri
Ogos 11, 2020 06:41 MYT
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham bersyukur impiannya untuk membuka perniagaan kafe sendiri tercapai.
Menurut Ayie, dia mengambi langkah itu sebagai inisiatif untuk jaminan masa depannya.
“Sebenarnya saya mula berniaga atas talian terlebih dahulu dan saya juga tidak menyangka sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), rezeki saya bertambah.
“Bukan sebab tiada job tetapi saya membuka perniagaan ini sebagai persediaan untuk masa depan, sebagai artis kita tidak akan selalunya berada di atas dan pasti ada pasang surutnya.
“Saya akui situasi yang dilalui sekarang membuatkan saya sedar yang kita perlu ada ‘back-up’ plan. Sebelum ini pun saya dah terfikir untuk membuka kafe cuma saya rasa bukan keperluan.
“Tetapi selepas melalui situasi sebegini, keluarga menasihati saya supaya membuka kafe sebagai persediaan,” katanya ketika ditemui Gempak.
Terdahulu, Ayie Elham Cafe yang terletak di Platinum Walk, Setapak telah beroperasi sejak Julai lalu.
Dalam perkembangan terbaharu, Ayie bakal muncul dalam sebuah telemovie tidak lama lagi.
#Floor 88 #Ayie Elham