Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Eh Comelnya Baby Bump”- Ramai Teruja Tengok Perut Mira Filzah

Syafiqah Jalal 23/02/2022 | 01:48 MYT
Sejak pelakon dan pengacara Mira Filzah berkongsi berita kehamilannya kepada umum, tiada lagi foto dan perkongsiannya yang menampakkan jelas dirinya sedang hamil.
Namun semalam, foto terbaharu Mira bersama perutnya yang jelas kelihatan lebih besar telah membuatkan ramai pengikutnya serta netizen teruja.
Ia merupakan foto pertama kelihatan jelas ‘baby bump’ Mira yang kini difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.
Menerusi foto yang dimuat naik ke akaun Instagram itu kelihatan Mira bersama suaminya, Wan Emir Astar manis berjubah ‘peach’ ketika menghadiri perkahwinan rakannya.
Entri berkenaan telah dibanjiri dengan komen dari pengikut dan rakan artis yang teruja melihat perutnya dan tiodak sabar hendak menantik kehadiran cahaya matanya.
“Alaaaa comel nya baby bump Mira,” puji salah seorang pengikutnya.
“Eh nmpak la baby bump tu,” komen salah seorang warga maya.
“Tak sabar nak tunggu baby pula,” kata salah seorang netizen yang teruja.
Sebelum ini, suami Mira, Wan Emir Astar telah mengesahkan isterinya telah hamil trimester kedua dengan berkongsi gambar alat ujian kehamilan.
Untuk rekod, Mira dan Wan Emir telah selamat bergelar suami isteri pada 3 September 2020.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

#Hamil #Mira Filzah #Mengandung #Baby Bump #Artis #Perut
;