Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Cik B mendapat perhatian netizen selepas ‘bertukar’ menjadi ibunya iaitu usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah membawakan karakter ibunya untuk persembahan minggu kedua MLS2.

Gelagat Cik B yang menyarungkan busana ‘bling-bling’, memakai tiara sambil membawa tas tangan dan telefon pintar dengan mengungkapkan ayat popular Vida “hello sayang-sayang semua” ternyata mengundang tawa penonton.

Ditambah pula dengan gaya Cik B menyebut namanya “Cik b Cik B” disertakan dengan ketawa memang sangat menyerupai ibu kesayangannya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tidak hanya di dewan, netizen di media sosial juga turut memberikan reaksi positif terhadap Cik B.

Lebih-lebih lagi selepas melihat satu babak di mana Cik B mengeluarkan telefon bimbit sebelum merakamkan video ‘selfie’.

Bagaimanapun sebaik tamat persembahan minggu kedua MLS2, Cik B kemudiannya memuat naik rakaman video aksi melakukan sketsa berkenaan di akaun Instagramnya.

A post shared by ᴄɪᴋʙ ʜᴀᴠᴏᴄ® ?????? (@cikb_havoc66)

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak menyangka Cik B benar-benar merakamkan gelagatnya sewaktu melakukan persembahan tersebut.

“Sekali dia rekod betul-betul lah! Comelnya Cik B ni,” kata seorang pengikutnya.

This is truely epic! Yass! Go go go Cik B!” tulis seorang lagi pengikut.

Untuk info, Cik B dan anggota kumpulan ABC iaitu Chiwan dan Achok berada pada kedudukan pertama dengan markah keseluruhan 54.50%.

BACA: Markah Penuh MLS2: Tiada Rezeki, Jago Tersingkir

BACA: Corat-Coret MLS2: Mak Esah Janda, Baby Kembar PKP, Datuk Vida Versi Cik B Memang Superb!

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di ‪www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI