Pelakon Zahirah Macwilson sekali lagi berjaya menampilkan bakatnya dalam bidang lakonan.

Terbaru, menerusi drama bersiri Curi Curi Cinta yang sedang hangat bersiaran di slot Megadrama
Astro Ria dan Ria HD, penonton meluahkan rasa menyampah dengan Zahirah.

Menjayakan karakter seorang gadis lupa diri bernama Intan Raihana, Zahirah cemerlang membawakan
watak terbabit.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, rata-rata peminat bencikan Intan sehingga
ada yang menggelarkan Intan sebagai gedik.

Drama bersiri adaptasi novel judul sama karya novelis terkemuka Siti Rosmizah ini mendapat sentuhan sutradara Raja Ahmad Alauddin.

Selain Zahirah, Curi Curi Cinta menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aiman Hakim Ridza,
Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Curi Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa untuk turut sama menggunakan hashtag #CuriCuriCinta.