Memang lawak menonton video pendek yang dimuat naik Lisa Surihani ke Instagramnya bersama Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa.

Menurut Lisa, video tersebut bertujuan untuk mereka bermain teka komponen-komponen pada kereta. Namun banyak yang kelakar berlaku dalam video pendek tersebut.

Selain meneka dengan salah, saat Nadiya Nisaa menyebut perkataan 'Grinder' juga menyebabkan Sherry cepat-cepat berbisik supaya jangan menyebut perkataan tersebut.

Tambah kelakar, Sherry turut 'rap' sementara meneka jawapan dan Lisa pula turut menyanyi lagu daripada kumpulan Elite.

"Okay citer dia macam ni. Kitaorang actually kena teka komponen-komponen kereta. Ada yang dapat. Ada yang ke laut.

"Bila tak sure, kitaorang try cover. Yes, kitorang nakal. Tapi please tengok muka Ica (Nadiya) tak puas hati pasal ejaan tu," tulis Lisa sebagai caption video tersebut.

Okay citer dia mcm ni. Kitorg actually kena teka komponen komponen kereta. Ada yang dpt. Ada yang kelaut. Bila tk sure, kitorg try cover. Yes kitorg nakal. Tp please tngok muka Ica tk puas hati pasal ejaan tu. ??? Ya Allah kelakar la. Haih #geng ku ni. #freshiesforlyfe

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on


Ramai yang memuji Lisa kelihatan sangat cantik dan remaja sejak memakai tudung serta terhibur dengan video yang muat naik Lisa.

Anda boleh menemui Lisa Surihani, Sherry Alhadad dan Nadiya Nisaa dalam supertele 'Geng' di Astro First Eksklusif dan On Demand bermula 18 Julai 2019.

Kredit Gambar: Instagram