Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Eh Kenapa Face ID Tak Kenal Aku” - Berdekah! Bibir Bengkak Pun Harris Anuar Masih Boleh Bagi Punchline!

Hanafis Haris
16/10/2021 09:15 MYT

Pelakon Harris Anuar sekali lagi membuatkan ramai ‘pecah perut’ apabila memuat naik sebuah video mengenai keadaan bibirnya.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram itu, Harris berkongsi kisah malang apabila dia gagal untuk ‘unlock’ telefon pintarnya menggunakan fungsi pengecaman muka atau ‘face ID”.

Kejadian itu berpunca daripada perubahan bibirnya yang membengkak dalam saiz agak luar biasa.

Perkara itu sekali gus mengubah rupa bentuk muka Harris hingga membuatkan peranti gagal untuk membuat sebarang pengecaman.

“Kenapa face ID tak kenal aku, penat-penat aku beli iPhone,” katanya.

Video berdurasi kurang 15 saat itu kemudian mengundang gelak tawa netizen.

Rata-ratanya kagum apabila Harris masih mampu menghiburkan pengikut Instagramnya walaupun masih dalam keadaan sakit.

Sekadar info, semalam, selebriti media sosial itu dimasukkan hospital apabila mengalami ‘annaphilatic shock’ selepas disengat oleh seekor tebuan.

Harris berkata, dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya.

Difahamkan, keadaannya kini beransur pulih dan bibirnya juga sudah kembali surut.

BACA: “Bukan Filter Ye” - Bibir Bengkak Bak Angelina Jolie, Harris Anuar Syukur Dapat Rawatan Awal! Rupanya Alami Annaphilatic Shock!

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)


;