Dukun Diva dah nak mula tayang, molek juga kiranya anda sediakan persekitaran wangi-wangi dan sekotak coklat di tepi sambil menonton televisyen nanti.

BACA: Dukun Diva Kisah 'Female Con Artist', Buat Korang Tertunggu-Tunggu Setiap Isnin!

Gempak cadangkan korang pilih coklat buatan tempatan, Love 18C Chocolate dan pasangkan lilin beraroma, Lampu Cherita di rumah korang.

Kalau nak tahu, Love 18C Chocolate baru saja keluarkan empat flavour baharu sempena Dukun Diva iaitu Dukun Diva Raisin Cranberries, Che Yah Wasabi, Lola Pineapple dan Dato' DD Macadamia.

Istimewanya, setiap flavour dicipta khas dan kena dengan karakter yang ada dalam Dukun Diva iaitu Datuk DD, Lola dan Che Yah!

Dukun Diva Raisin Cranberries merupakan dark chocolate yang ditambah dengan rasa buah-buahan dan campuran kismis, manakala Che Yah Wasabi punyai rasa ala wasabi bersesuaian dengan karakter Che Yah itu sendiri.

Lola Pineapple pula merupakan coklat putih dengan sedikit sentuhan nanas yang punyai rasa masam-masam manis manakala Dato' DD Macadamia adalah dark chocolate dengan campuran kekacang.

Istimewanya, setiap kotak coklat 100 gram dijual dengan harga cuma RM28 dan korang boleh memiliki keempat-empat perisa dengan harga RM99!

Lebih best, korang akan dapat diskaun RM10 dengan pembelian minimum RM50 bagi setiap pelanggan Astro.



Berikan pula wangian harum pada ruang istirehat korang dengan lilin beraroma Lampu Cherita! Ada tiga jenis wangian dikeluarkan sempena Dukun Diva iaitu Che Diva Wannabe (halia + peppermint), Dato' Queen Havoc (jasmin + sea salt) dan Cik Know It All (lollipop + melon).

Setiap pelanggan Astro pula akan mendapat diskaun 10% menerusi Astro Rewards.



Dukun Diva mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung.

Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah.

Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jikatidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.

Episod pertama Dukun Diva akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Disember ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, eksklusif di Astro Citra.