Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Eh, Nervousnya… Dah 12 Tahun Tak Kena Interview” – Naqiu Boboy

Mya Amri
25/09/2019 09:29 MYT
“Eh, nervousnya… Dah 12 tahun tahun tak kena interview,” begitulah ungkapan yang diberikan oleh penyanyi Naqiu daripada kumpulan Boboy sebaik sahaja dipanggil untuk sesi temubual sebagai bintang Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Menurut Naqiu, dia bersyukur tetapi dalam masa yang sama gementar kerana bakal sepentas bersama idolanya, penyanyi Roy dan Jatt Black Dog Bone.

“Gembira dan bersyukur terpilih masuk GV6 dalam masa yang sama rasa gementar sebab akan sepentas dengan idola saya, abang Roy dan abang Jatt.

“Idea untuk masuk GV6 ini datang daripada kumpulan Boboy sendiri, sebenarnya saya tak tahu pun mengenai hal-hal yang berkaitan dengan program sebegini kerana jarang tonton televisyen. Jadi mereka yang beri galakan suruh saya mencuba nasib,” katanya kepada Gempak.

Naqiu ditemui pada sidang media pengumuman peserta GV6 di Theatre The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.


Dalam pada itu, Naqiu juga mendedahkan pernah menerima tawaran GV sebelum ini.

“Saya dapat tawaran GV ni pada dua musim yang sudah tapi pada waktu itu saya masih belum bersedia.

“Terus-terang, saya cakap jika kita melihat GV sebelum ini, saya rasa platform ini merupakan satu batu loncatan buat bintang seperti kami untuk kembali bersinar.

“Pada saya saya ini merupakan salah satu peluang juga untuk saya untuk kembali beraksi dipentas selepas sekian lama,” ujarnya.

GV6 masih mengekalkan hos Nabil Ahmad bergandingan bersama Jihan Muse dan Datuk Ramli MS sebagai Ketua Juri.

Manakala, tugas juri tetap digalas oleh penyanyi popular Indonesia, Hetty Koes Endang.

GV6 dibarisi enam penyanyi solo lelaki iaitu Sham Visa, Jatt, Roy, Ameer Sofazr, Hady Mirza dan Naqiu Boboy. Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Ami dan Nurfatima pula mewakili peserta wanita GV6.

Turut serta dalam GV6 ialah dua peserta duo berkumpulan iaitu Kool dan One Nation Emcees.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
#GV6 #Naqiu Boboy
;