,
Advertorial

Eh, Ni Bukan Kat Luar Negara Tau! Ini Senarai 5 Tempat Menarik di Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu...

Kamaruddin Razal
02/09/2019
08:41 MYT
Malaysia mempunyai banyak destinasi tarikan pelancong yang menyajikan tempat yang unik serta budaya yang mengasyikkan.
Antara tempat tarikan pelancong yang popular di kalangan pengunjung dalam dan luar negara ialah Batu Caves yang terletak di Selangor, A Famosa yang terletak di Melaka, Batu Ferringhi yang terletak di Pulau Pinang, Port Dickson di Negeri Sembilan dan lain-lain lagi.
Tahukah anda, banyak lagi tarikan menarik yang boleh anda kunjungi di Malaysia yang tidak ramai orang tahu?
Sempena minggu eTravelFair yang berlangsung dari 2 September hingga 8 September ini, kami senaraikan tempat menarik dan unik yang ramai orang tidak tahu!
1. Sasaran, Kuala Selangor
Kredit foto: MDKS
Hanya satu jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur, Sasaran pastinya menyajikan pengalaman yang sangat menarik untuk kaki jalan!
Mendapat jolokan 'mirror in the sky', anda akan di bawa menaiki bot untuk ke sana dan anda boleh mengambil foto menarik dengan sepuasnya!
2. Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing
Kredit foto: WunderlustDJ
Terletak di Sungai Lembing, Pahang, pastinya suasana di sini menggamit keindahan pelancong yang datang meraikan alam semula jadi yang cantik dan menawan.
Jangan lupa untuk mengabadikan foto anda di sana dan pastinya rakan-rakan di laman sosial bakal cemburu dengan gambar yang anda kongsikan!
3. Tasik Cermin, Gunung Rapat
Kredit foto: Tempat Menarik
Anda jangan terkejut kalau orang Perak sendiri tak tahu mengenai kewujudan tasik yang menarik ini kerana destinasi terbabit memang agak tersembunyi.
Terletak di Gunung Rapat, Ipoh, Tasik Cermin menawarkan pengalaman yang menarik untuk mereka yang gemarkan alam semula jadi... Memang tenang!
4. Pantai Kerachut, Teluk Bahang
Pantai yang cantik ini terletak di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang. Disebabkan Pulau Pinang sendiri mempunyai banyak tarikan tersendiri, pantai ini jarang dikunjungi oleh pelancong.
Menariknya, selain menyediakan pengalaman berbeza dan unik, Pantai Kerachut turut mempunyai pusat konservasi penyu yang menjadikan destinasi ini sebagai lokasi eksklusif pendaratan penyu di Pulau Pinang.
5. Sungai Timun, Rembau
Bila sebut mengenai kelip-kelip, pastinya pelancong akan teringat kepada Pusat Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Namun begitu, anda juga boleh merasakan pengalaman sama di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan!
Selain anda dapat menyaksikan tarikan kelip-kelip yang mengasyikkan di malam hari, Sungai Timun juga menyajikan pakej menarik untuk pelancong memancing udang galah dan ikan!
Inilah masanya untuk anda mulakan eksplorasi percutian dalam negara dengan mendapatkan pakej Cuti Cuti Malaysia yang terbaik, hanya di eTravelFair sekarang!
Klik di SINI untuk mendapatkan info lanjut!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Peluang Tarik Lebih Ramai Pelancong Muda, Tourism Malaysia Sambut Baik Usaha All Asia Influencers Awards 2023!

gempak
21/10/2023
12:25 MYT
All Asia Influencers Award 2023 (ASIA 2023) berlangsung sukses!
Advertorial

Thailand, Vietnam & Switzerland… 3 Destinasi Ini Menjanjikan Pengalaman Membeli-belah Yang Terbaik!

gempak
06/09/2019
22:17 MYT
Advertorial

Dapatkan Pakej Mesra Muslim Yang Berpatutan Hanya di Sedunia!

gempak
06/09/2019
09:51 MYT
Advertorial

Syoknya Bila Menyelam Di Lautan Jernih Membiru… 5 Lokasi Selam Skuba di Malaysia Wajib Anda Kunjungi!

gempak
04/09/2019
20:11 MYT
Advertorial

Nak Bercuti di Australia? Tempah Dengan Sedunia & Dapatkan Pakej Menarik Dengan Tawaran Yang Menakjubkan!

gempak
04/09/2019
13:11 MYT
Unitar