Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Eh, Ni Bukan Kat Luar Negara Tau! Ini Senarai 5 Tempat Menarik di Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu...

Kamaruddin Razal
02/09/2019 08:41 MYT
Malaysia mempunyai banyak destinasi tarikan pelancong yang menyajikan tempat yang unik serta budaya yang mengasyikkan.

Antara tempat tarikan pelancong yang popular di kalangan pengunjung dalam dan luar negara ialah Batu Caves yang terletak di Selangor, A Famosa yang terletak di Melaka, Batu Ferringhi yang terletak di Pulau Pinang, Port Dickson di Negeri Sembilan dan lain-lain lagi.

Tahukah anda, banyak lagi tarikan menarik yang boleh anda kunjungi di Malaysia yang tidak ramai orang tahu?

Sempena minggu eTravelFair yang berlangsung dari 2 September hingga 8 September ini, kami senaraikan tempat menarik dan unik yang ramai orang tidak tahu!

1. Sasaran, Kuala Selangor


Kredit foto: MDKS

Hanya satu jam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur, Sasaran pastinya menyajikan pengalaman yang sangat menarik untuk kaki jalan!

Mendapat jolokan 'mirror in the sky', anda akan di bawa menaiki bot untuk ke sana dan anda boleh mengambil foto menarik dengan sepuasnya!

2. Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing


Kredit foto: WunderlustDJ

Terletak di Sungai Lembing, Pahang, pastinya suasana di sini menggamit keindahan pelancong yang datang meraikan alam semula jadi yang cantik dan menawan.

Jangan lupa untuk mengabadikan foto anda di sana dan pastinya rakan-rakan di laman sosial bakal cemburu dengan gambar yang anda kongsikan!

3. Tasik Cermin, Gunung Rapat

Kredit foto: Tempat Menarik

Anda jangan terkejut kalau orang Perak sendiri tak tahu mengenai kewujudan tasik yang menarik ini kerana destinasi terbabit memang agak tersembunyi.

Terletak di Gunung Rapat, Ipoh, Tasik Cermin menawarkan pengalaman yang menarik untuk mereka yang gemarkan alam semula jadi... Memang tenang!

4. Pantai Kerachut, Teluk Bahang


Kredit foto: Salehi Hassan / Flickr

Pantai yang cantik ini terletak di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang. Disebabkan Pulau Pinang sendiri mempunyai banyak tarikan tersendiri, pantai ini jarang dikunjungi oleh pelancong.

Menariknya, selain menyediakan pengalaman berbeza dan unik, Pantai Kerachut turut mempunyai pusat konservasi penyu yang menjadikan destinasi ini sebagai lokasi eksklusif pendaratan penyu di Pulau Pinang.

5. Sungai Timun, Rembau


Kredit foto: Laman Keluarga Hajah Lijah & Co

Bila sebut mengenai kelip-kelip, pastinya pelancong akan teringat kepada Pusat Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Namun begitu, anda juga boleh merasakan pengalaman sama di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan!

Selain anda dapat menyaksikan tarikan kelip-kelip yang mengasyikkan di malam hari, Sungai Timun juga menyajikan pakej menarik untuk pelancong memancing udang galah dan ikan!

Inilah masanya untuk anda mulakan eksplorasi percutian dalam negara dengan mendapatkan pakej Cuti Cuti Malaysia yang terbaik, hanya di eTravelFair sekarang!

Klik di SINI untuk mendapatkan info lanjut!
#Tourism Malaysia #eTF
;