Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Eh Orang Nak Tolong, Bukannya Niat Jahat”- Realiti Yang Wujud, Tapi ‘Cahaya’ Pasti Lebih Terang Dengan….

Hanafis Haris
01/11/2021 06:23 MYT

Pastinya dalam kehidupan seharian, adakalanya bantuan yang cuba dihulur telah disambut dengan kecurigaan.

Biarpun berniat baik, pasti ada juga yang salah sangka. Mungkin itu hakikat yang terpaksa diterima.

Namun, dalam kita menerima segala tomahan dan andaian tersebut, jangan sesekali berhenti membuat kebaikan kerana ‘cahaya’ pasti lebih terang dengan kebaikan!

Mungkin itulah pengajaran cuba disampaikan menerusi satu iklan sambutan Deepavali Astro kali ini.

Realiti yang masih wujud dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia, namun akhirnya menyatukan kembali dengan nikmat kebaikan.

Apapun jadilah sinar kehidupan dan selamat hari Deepavali!

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.




#Viral #Astro #Deepavali #TVC