UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

“Eh Seriuslah Korang Faham?”- Tak Perlu Translator, Kang Daniel Terkejut Peminat Malaysia Faham Bahasa Korea

Mya Amri 26/09/2019 | 15:08 MYT
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan K-Pop WANNA ONE, Kang Daniel akui terkejut dengan peminat Malaysia yang memahani pertuturannya dalam Bahasa Korea.
Menurut Daniel, dia tidak menyangka peminat di Malaysia tidak memerlukan jurubahasa yang berada di atas pentas menterjemahkan percakapannya dengan kerap.
“Eh... Seriuslah korang faham apa yang saya cakap? Betul ke ni? Hebatnya.
“Setiap kali saya mengadakan sesi bertemu peminat, saya sering menggunakan Bahasa Korea untuk berkomunikasi bersama anda semua.

2019.09.21 KANG DANIEL FANMEETING : COLOR ON ME IN KUALA LUMPUR 쿠알라룸푸르~ 또 만나요 #강다니엘 #KANGDANIEL #color_on_me #fanmeeting

A post shared by 강다니엘 Daniel K. (@daniel.k.here) on

“Saya sangat terharu... Rasa seperti peminat saya diseluruh dunia semuanya sangat dekat dengan saya.
“Rasa bertuah dan bersyukur mempunyai peminat seperti anda semua,” katanya.
Terdahulu, Daniel baru sahaja hadir ke Malaysia bersempena dengan acara sesi bertemu peminat, KANG DANIEL FAN MEETING: COLOR ON ME IN KUALA LUMPUR pada Sabtu lalu.
Kredit foto: Twitter @gokpop / @lunarplanet
#Artis Korea #Kang Daniel #Fanmeeting Malaysia
;