Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Eh? Tak Adalah, Saya Teman Suami Kerja Kalau Ada..." - Tak Baik Tuduh Zizi Kirana Kuat Cemburu

Mya Amri 11/11/2022 | 02:20 MYT
Penyanyi, Zizi Kirana menafikan dakwaan mengatakan dirinya kuat cemburu apabila dilihat sering menemani suaminya, aktor Yusuf Bahrin di set penggambaran.

Pelik dengan tuduhan itu, Zizi tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Kata Zizi, dia hanya menemani Yusuf sekiranya jadual kerjayanya kosong kerana tidak mahu mengganggu suaminya di lokasi penggambaran.

“Siapalah yang pandai-pandai tu, tak adalah. Saya hanya akan teman suami sekiranya saya ada mempunyai kelapangan.

“Tetapi kalau saya ada kerja maka saya kerjalah. Bukan selalu saya teman dia, hanya sesekali sahaja.

“Itu pun kalau dia pelawa saya untuk menemani dia. Kadang-kadang kalau dia cuti, dia teman saya bekerja pula.

“Memang kami saling menemani jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting atau kerja. Sementara kita masih berdua, kami cuba luangkan masa bersama.

“Saling teman menemani itu bukan atas sebab cemburu. Lagi pun kita sudah memahami kerjaya masing-masing,” katanya ketika ditemui Gempak.

Zizi dan Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada majlis Astro Showcase Party di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zizi berkata sdia juga tidak tahu bagaimana spekulasi mengenai hal tersebut timbul secara tiba-tiba.

“Dengki? Tak adalah. Mungkin pihak yang menyampaikan itu saja-saja berbual dan tak ada topik untuk dibincangkan, jadi dia bercakap mengenai kami.

“Saya pun tahu batas saya dan begitu juga Yusuf. Masing-masing ada kerjaya kan. Lagi pun kalau saya teman, yang saya teman itu kan suami sendiri,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Yusuf kini muncul dengan drama berjudul Jesnita.

Selain Yusuf, drama terbitan Zeel Production ini menampilkan barisan pelakon lain antaranya Intan Najuwa, Nasha Aziz, Malek McCrone, Rozita Che Wan, Fikri Ibrahim dan ramai lagi.

Saksikan Jesnita setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang secara eksklusif di slot Tiara di Astro Prima (saluran 105).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Jesnita juga boleh distrim menerusi platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan bagi enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-95433838 untuk menikmati drama ini di Astro.

#Cemburu #Zizi Kirana #Yusuf Bahrin #Set Penggambaran
;