Pelakon, Kilafairy mendapat perhatian peminat K-Pop selepas memuat naik video yang merakamkan dirinya teruja apabila diberi peluang untuk bertemu dengan kumpulan popular, Blue yang mengadakan konsert di Malaysia pada Ahad.

Namun video menunjukkan aksi Kila yang memeluk dan mengucup pipi setiap anggota Blue itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Seolah-olah dapat menganggak video tersebut bakal mengundang kecaman, Kila telah bertindak menutup ruangan komen di posting video tersebut.


“So… I’ve been performing their song since I was a kid. YUP, I was on stage since I was 9 years old. So yeah, that’s that. I can’t type right now, I’m dying. STARSTRUCK @officialblue ? SHOUT OUT TO @kcnfriends” tulisnya.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik menerusi Instagramnya itu telah pun dipadamkan dan hanya membiarkan entri yang mengandungi foto-foto kenangan bersama anggota Blue sahaja.

“My forever number 1 boy band, @officialblue The best part is they all still look the same #90sKid,” coretnya.

My forever number 1 boy band, @officialblue ? The best part is they all still look the same ? #90sKid

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Dalam pada itu, menerusi media sosial, rata-rata peminat K-Pop mula memerli tindakan pelakon berkenaan.






Terdahulu, Blue telah hadir ke Malaysia untuk Konsert Blue Live in Malaysia 2019 yang berlangsung di Dewan Wawasan Convention & Exibition Center, Menara PGRM Cheras pada Ahad.

Foto: Instagram @kilafairyofficial