Pelakon Datin Eina Azman terkenang kembali waktu pertama kalinya dia menceburkan diri dalam bidang masakan hingga kini dilantik menjadi duta sebuah jenama makanan terkenal.

Menerusi laman sosial Instagram, Eina memuat naik sekeping foto bersama makanan pek miliknya untuk tatapan umum.

“Ingat lagi beberapa tahun lalu masa mula nak start, kongsi video masak dekat Instagram, Eina tak berapa yakin. Lepas tu keluarga sokong untuk kongsi. Bila dapat sambutan dari kalian, serius Eina happy sangat dan rasa lagi semangat nak kongsi.

Ingat lagi few years back masa mula mula nak start share video masak dkt instagram, Eina tak berapa confident. Then family encourage utk share. Bila dapat sambutan dari you guys serious Eina happy sangat and rasa lagi semangat nak share. ⁣ ⁣ Then last year dapat offer as Maggi CukupRasa’s brand ambassador. Offer yang tak mungkin Eina tolak sbb Maggi CukupRasa memang close to my heart. Boleh dikatakan Eina membesar dengan product product Maggi ❤️⁣ ⁣ And tak pernah imagine dari tagline video endup jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangan Eina dan team ☺️?⁣ ⁣ You never know what the future holds for you.. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru!! Ha Eina dah share story Eina, u’olls share la story u’olls! Eina nak dengar jugak!⁣ ⁣ #MAGGICukupRasa #TakKenalTakCinta #WanitaCukupBerani #itsdonebyeinaazman

A post shared by ???? ????? (@eina_azman) on

“Dan tak pernah bayangkan dari tagline video akhirnya jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangam Eina dan pasukan,” tulis Eina menerusi ruangan kapsyen.

Bukan sahaja mengenang masa lalu, Eina turut memberi inspirasi kepada semua wanita untuk berani mengejar cita-cita.

“Anda tidak akan tahu apa yang menanti pada masa depan. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru. Ha Eina dah kongsi kisah Eina, korang kongsi la kisah korang, Eina nak dengar,” katanya lagi.

Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya memuji usaha Eina yang bermula daripada suka-suka sehingga memiliki perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, rezeki dari Allah kepada you yang selalu senyum dan bantu orang yang memerlukan. Doakan yang terbaik untuk apa juga yang you lakukan,” ujar seorang wargamaya.

“Sangat memberikan inspirasi. Semoga terus berjaya dan dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya.

“Yang penting you lawa sis,” komen seorang wargamaya.

“Laksa awak sangat sedap! Teruskan buat,” kata seorang wargamaya.

“Orang rajin, tak putus asa, memang akan berjaya. Bangga dengan awak supermom,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto Eina tersebut telah menerima hampir 37,000 tanda suka daripada warga Instagram.