Pelakon Datin Eina Azman telah membuat semua madu iaitu kepada isteri Jayden berperang dan cemburu.

Eina yang membawakan watak Nadia di dalam drama The Maid telah membuat dua madunya Fika dan Suhana cemburu kerana dia bakal dibawa bercuti oleh suami mereka.

Dalam episod malam ini, penonton akan melihat bagaimana Suhana dan Fika datang menyerang Nadia yang sengaja membuat mereka bengang.

Menariknya dalam episod sembilan nanti, Citra hampir menjumpai clue siapakah pemiik senjata yang membunuh kakaknya Elissa.

Apa yang pasti, penonton pasti terkejut apabila mendapat tahu siapakah pembunuhnya.

Jangan lupa saksikan The Maid yang ditayangkan malam ini pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand