Eina Azman Dan Suami Bantu Keluarga Mengidap Penyakit Kulit Ekzma

Badrul Hashim
November 21, 2018 19:50 MYT
Minggu lalu Datin Paduka Eina Azman memuat naik keratan berita tentang seorang suami yang hanya berbekalkan gaji RM850 sebulan untuk menyara dua orang anak yang mengidap penyakit kulit Ekzema.
Di dalam posting tersebut, beliau meminta sesiapa yang mengetahui cara menghubungi keluarga tersebut supaya berkongsi dengan beliau.
Semalam beliau berkesempatan untuk bertemu dengan keluarga Nurul Ain Abdullah. Kedua-dua anak Nurul, Mohammad dan Lela Safiya mengidap penyakit kulit Ekzema, malah Nurul sendiri mempunyai masalah kesihatan yang sama.
Di dalam posting terbaru di Instagram, Eina dan suami telah membawa keluarga Nurul berjumpa dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang jaya.
Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, Eina dan suami berjanji untuk menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Nurul sehingga pulih.
Jika anda ingin turut sama membantu keluarga Nurul, anda boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 atas nama Nurul Ain Abdullah.
Semoga Eina dan suami diberi rahmat dan keberkatan atas pertolongan beliau dan semoga Nurul serta anak-anaknya diberikan kesembuhan.
#Eina Azman