Hello selamat beristirehat semua….Dah lama kita tak bersua ya. Macam biasalah, Miss K, kalau muncul ni mestilah ada berita-berita sensasi yang nak kongsi dengan uols!

To cut the story short...Malam tadi Miss K dapat kiriman WhatsApp daripada seorang kawan. Kata kawan Miss K tu, dia tak puas hati bila baca pasal Eina Azman di Twitter.

Ye lah, sebagai peminat tegar Eina dia panaslah bila ada netizn yang kecam dan cakap macam-macam.

Puncanya ialah apabila foto Eina mendapatkan suntikan vaksin viral. Katanya, Eina dan suami dapat suntikan jenis Pfizer di Ipoh.

Maka, ramailah yang tak puas hati dan menuduh Eina ini golongan kayangan sebab dapat suntikan Pfizer dan merentas negeri!

Lepas dah kecoh-kecoh, Eina dikatakan memadam postingnya ketika sedang disuntik vaksin di Instagram.

Tapi, nasi sudah menjadi bubur sebab posting tu berjaya di screenshot netizen! Jangan main-main dengan jabatan netizen kita, Israel pun surrender tau!

Kepada kawan Miss K tu, sabarlah ya…kita pun belum tahu lagi cerita sebenar dari side Eina. Mungkin dia padam sebab tak mahu panjangkan lagi fitnah!

Miss K faham, awak sebagai peminat Eina rasa kecewa dan kesal bila dia dikecam dan dtuduh macam-macam kan? Sabar ya...

Sudahlah, daripada uols duk bertelagah pasal Eina dan vaksin, yang uols tu dah daftar ke untuk suntikan vaksin?

Kalau belum, cepat-cepatlah daftar dan dapatkan vaksin ya! Ini dah jadi sebahagian daripada tanggungjawab kita tau…

Miss K: Di Kanada, lebih 70% rakyat sudah ambil vaksin