Pelakon Datin Paduka Eina Azman mencuri perhatian ramai apabila meluangkan masa keluar membawa semua pembantu rumahnya menonton filem seram tular, KKN Di Desa Penari di pawagam.
Aktiviti itu dilakukan bersempena ulang tahun kelahiran seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bikna yang ke-38.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 27, memuat naik momen tersebut dalam bentuk rakaman video untuk tatapan video.
Dalam hantaran tersebut, Eina meluahkan ucapan penghargaan dan selamat hari lahir buat pembantu rumah berasal Aceh itu yang banyak membantu dirinya menguruskan kerja-kerja rumah.
“Happy birthday to my Bikna yang ke 38 tahun, semoga panjang umur dan sentiasa happy. Terima kasih sebab banyak tolong ringankan kerja saya di rumah, saya hargai sangat.
“Hope kamu happy dengan segala aktiviti kita nonton movie ‘KKN Desa Penari’, makan non stop dan hadiah kecil saya untuk kamu. Saya sayang kamu semua,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Istimewanya lagi, Eina turut menghadiahkan seutas rantai tangan emas yang dipakaikan di tangan kanan Bikna selepas memotong kek hari lahir.
Viral
Eina Azman Rai Hari Lahir ‘Bibik’, Bawa Tonton Filem KKN Di Desa Penari - “Hope Kamu Happy..”