Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Eina Azman, Suami & Dua Pembantu Rumah Positif COVID-19 Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Azwa Rahman 31/08/2021 | 05:50 MYT
Pelakon Datin Paduka Eina Azman bersama suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah disahkan positif COVID-19.
Menerusi laman sosial Instagram, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, membuat pengumuman itu untuk tatapan umum.
Jelas Eina, dia baru sahaja mendapat simptom demam panas dan batuk namun keadaan suaminya agak kurang memuaskan apabila mengalami demam terlalu panas dan kadar oksigen yang tidak menentu.
“Macam nak gugur jantung ni bila dapat result. Sebab saya selalu buat Covid test. Even last week saya dan suami baru saja buat Covid test sebelum buat surgery dan result yang keluar negatif.
“Sekarang saya dah mula demam panas dan start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang okay sebab demam terlalu panas dan oksigen dia turun naik. Jadi setiap dua hari kami kena pergi hospital jumpa doktor untuk monitor dan x-ray,” ujar Eina.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Menurut Eina, dia berasa lega lantaran anak-anaknya negatif walaupun menangis melihat kedua-dua mereka terpaksa melakukan ujian saringan.
Tambah Eina lagi, hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh dan tidak menyangka mereka disahkan positif COVID-19 pada hari yang sama.
“Hari ni our anniversary jadi pula macam ni. Ya Allah memang speechless. Apa-apa pun saya percaya ini semua ketentuan Allah dan kami terima dengan hati terbuka.
“Saya minta tolong semua doakan kami sekeluarga bersama bibik-bibik kembali sihat seperti biasa.
“Kepada sesiapa yang close contact dengan kami kalau rasa tak sihat, tolong pergi swab test ya,” ujarnya lagi.
Pelakon drama The Maid itu juga sempat menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat suaminya.
Happy anniversary sayangku, tiada apa yang I minta hanya doa I nak you sihat semula macam biasa. Stay strong, we can do this together. Love you so much sayang,” ucap Eina lagi.
#Eina Azman #COVID-19 #Eina Azman positif COVID-19
;