Eira Syazira Dapat Set Barang Kemas Bernilai RM15,000 Di Majlis Ulang Tahun Perkahwinan
Fiza Kamarudin
20/09/2020 05:57 MYT
20/09/2020 05:57 MYT
Pelakon Eira Syazira mendapat kejutan set barang kemas bernilai RM15,000 pada majlis ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan, pada 16 September lalu (semalam).
Selain itu, Eira dan suaminya pelakon Azad Jasmin turut bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab di Dealove Place, Sunway Nexis, Damansara.
Eira berkata, dia tidak tahu tentang majlis kejutan yang diatur suaminya, kerana Azad memberitahu ingin meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan majlis makan malam ‘candle light dinner’.
“Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Dia (Azad) hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.
“Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.
“Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran.
“Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira.
Pelakon dan penyanyi yang juga ibu kepada tiga cahaya mata perempuan ini bagaimanapun mengakui cuba untuk merosakkan perancangan kejutan suaminya.
“Saya terlebih dulu meraikan ulang tahun perkahwinan kami di Pulau Langkawi, dua hari sebelum kejutan ini terjadi.
“Dalam hati cuba mengorek dan menyiasat apalah yang cuba dilakukan suami. Kami tiba di Kuala Lumpur dari Langkawi pada sebelah siang sebelum kejutan ini terjadi.
“Saya sampai cakap keletihan sekembalinya dari pulau itu dan meminta ditunda saja ‘candle light dinner’ ini. Malah saya sampai minta percutian di Langkawi dilanjutkan beberapa hari.
“Tapi dia berkeras cakap tak boleh kerana semua sudah diatur. Mahu atau tidak saya terpaksa menurut,” kata Eira.
Set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting-anting bernilai RM15,000 itu dihadiahkan oleh pihak Emas Rozita yang beroperasi di Ipoh, kepada Eira.
Pada majlis kejutan itu, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Aiman Tino, Fareez Fauzi dan bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus turut hadir.