Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
Amri Hassan
18/05/2024
13:39 MYT
Sponsor Banner
Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Eizlan menerusi VIBES International Agency (VIA), yang merupakan sebuah agensi berdaftar TikTok bakal menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi memberikan pendedahan kepada selebriti media sosial yang mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan supaya cakna dengan realiti sebenar situasi.
VIA yang merupakan sebuah agensi latihan di bawah Kami Sempoi menyambut baik saranan supaya mereka yang mahu terjun ke bidang lakonan, nyanyian atau pengacaraan tahu membezakan kerjaya di bidang hiburan tidak.
"Kita bakal menjalin kerjasama dengan FINAS khasnya dalam memberikan pendedahan kepada pempegaruh di bawah agensi kita agar mereka tahu realiti sebenar dunia dan industri kita.

"Pada saya kita sebagai artis yang ada pengalaman dalam bidang ini boleh memberikan gambaran dan maklumat sebenar kepada mereka termasuk membat persiapan seperti ke kelas lakonan sebelum bergelar pelakon," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi

Eizlan ditemui pada majlis VIA Appreciation Night Award Live Creator TikTok 2024 bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini.
Penganjuran malam anugerah ini sebagai satu inisiatif untuk menghargai para host TikTok yang bernaung di bawah agensi ini. Ia juga sebagai memupuk semangat pencipta kandungan TikTok untuk terus sukses dan cemerlang dalam bidang penyiaran kandungan TikTok.

Zed Zaidi sokong

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Zed Zaidi menyokong usaha itu kerana ramai pemegaruh yang masuk ke dalam industri tidak tahu sistem sebenar dunia seni lakon.
“Mereka tidak boleh samakan berlakon dan bercakap di depan telefon seperti mereka lakukan, ia perkara yang sangat berbeza.
“Malah mereka juga kena sedar, kerjaya lakonan memerlukan mutu dan komitmen serta disiplin yang tinggi bukan hanya suka-suka. Peminat juga tidak sama dengan yang menonton mereka di media sosial dan juga lakonan mereka,” katanya.
Zed berkata latihan dan pendedahan sebenar mengenai dunia lakonan dan seni perlu supaya pemengaruh ini lebih bersedia dan tidak menyusahkan pihak lain ketika di lokasi penggambaran misalnya.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 64 pencipta kandungan Tik Tok diumumkan sebagai penerima anugerah daripada 10 kategori yang dipertandingkan.
Setiap penerima anugerah menerima pelbagai hadiah menarik antaranya dari Annisa Batik, Koperasi Al Najah, Glamboot malah tajaan penginapan 4 hari 3 malam ke Krabi, Thailand oleh EDS Travel.
Dalam pada itu, Eizlan turut mengumumkan bakal bekerjasama dengan agensi umrah, Khadim Ummah melalui beberapa pakej umrah akan datang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live