Hiburan

Eizlan Yusof Tamatkan Zaman Duda, Akhirnya Tunjuk Wajah Isteri

Asraf Aided
12/12/2019
09:07 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.30 petang tadi.
Selepas sekian lama merahsiakan wajah Natasha daripada umum, Eizlan akhirnya mendedahkan gerangan isterinya pada majlis tersebut.
Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.
Gadis berketurunan Serani yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu itu, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak lelaki.
Sebelum upacara akad nikah, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot APM diiringi beberapa pegawai tertinggi dan bersekutu APM.
Selain itu, majlis turut diserikan dengan upacara berbalas pantun dari kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu dalam perkahwinan.
"Sejujurnya banyak elemen kejutan yang dirahsiakan dari saya sendiri tetapi disediakan sahabat terdekat dalam menjayakan majlis pada hari ini.
"Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah.
"Masing-masing memainkan peranan mereka bagi memastikan setiap majlis pada hari ini sehingga Sabtu ini berjalan lancar," kata Eizlan terharu.
Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan esok, 13 Disember 2019 di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya bermula jam 8.30 malam.
Pada malam resepsi, Eizlan dan Natasha bakal diberi penghormatan istiadat penuh APM membabitka perarakan Silang Pedang oleh barisan pegawai bersekutu APM, pancaragam 'bagpipe' dan persembahan pancaragam APM.
Antara tetamu yang dijangka hadir ialah Kerabat Diraja, selain barisan pegawai tertinggi dari APM, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Paskal, Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia, pemimpin negara dan tokoh industri.
Majlis perkahwinan Eizlan dan Natasha juga dianggap sebagai 'Wedding of the Year 2019' kerana berlangsung sejak semalam selama empat hari berturut-turut yang menelan kos lebih RM 1 juta, bermula dengan Malam Berinai bertemakan Bollywood di Vila GISB, Presint 16, Putrajaya, semalam.
Majlis terakhir pasangan ini akan berlangsung pada hari keempat iaitu Sabtu, 14 Disember 2019 jam 8.30 malam di Boraombak, Marina Putrajaya, bagi meraikan rakan-rakan penaja strategik, APM dan rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan padu selama majlis berlangsung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Laman Utama

Eizlan Yusof Respon Dakwaan Sertai Parti Politik Bawah PAS - "Buat Masa Ni Saya Hanya..."

gempak
09/06/2023
05:25 MYT
Sama-sama kita tunggu pengumuman.
Laman Utama

[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming

gempak
26/03/2023
08:50 MYT
Eizlan kata stop body shaming orang lain.
Laman Utama

[VIDEO] Eizlan Yusof Buat Laporan Polis, Bongkar Isu Penyelewengan Orang Kuat Finas Dalam Projek Hantu Filem!

gempak
05/12/2022
07:30 MYT
Isu projek Pameran Hantu Filem
Laman Utama

PRU15: Eizlan Yusof Cuma Dapat 460 Undi, Hilang Deposit Di Sabak Bernam!

gempak
19/11/2022
20:49 MYT
Tiada rezeki Eizlan Yusof.