Penyanyi Eka Sharif selamat melahirkan anak lelaki pada jam 3 pagi, Sabtu lalu.

Eka yang bersyukur di atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu memperkenalkan nama anaknya sebagai Luth Mateen.

“Alhamdulillah pada Sabtu, 17.4.2021 jam 3 pagi Eka selamat melahirkan seorang bayi lelaki Luth Mateen.

“Terima kasih pada semua yg mendoakan dan segalanya telah dipermudahkan,” katanya.

Bintang Akademi Fantasi musim ke-9 itu memaklumkan berita gembira di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Eka turut berkongsi foto sebahagian wajah bayinya.

Eka atau nama sebenarnya Nur Atiqah Shariffudin, 32, mendirikan rumah tangga dengan Nazrulnazim Abdul Jabar, 34, pada pada 19 Julai 2020.

A post shared by ? Eka Sharif ? (@ekasharif)