Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya secara eksklusif berkongsi wajah anak perempuan keduanya yang dilahirkan pada 12 Februari lalu.

Menerusi program Schawal Baby Boom yang ditayangkan di Astro Ria semalam, buat julung kalinya wajah bayi yang dipanggil 'baby L' itu dikongsikan kepada umum.

Rancangan televisyen yang berdurasi 30 minit itu ternyata telah menarik perhatian peminat yang sudah lama menanti detik indah tersebut.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya turut berkongsi teaser di Instagram (IG) miliknya.

"Pengalaman yang cukup berbeza, tapi sikit pun tak kurang hebatnya dari kelahiran Scha yang pertama, Lara Alana.

"Sejak melahirkan, Scha dihujani doa dan pertanyaan tentang kelahiran kedua kali ini, dan secara ekslusif malam ini, kami sekeluarga akan berkongsi dengan anda semua this magical moment with us.

"Dan untuk pertama kali, kami akan kenalkan anda semua dengan anak kedua kami. Semoga Baby L membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan membanggakan kami sekeluarga," tulisnya.

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut memuji kecomelan bayi malah ada juga yang sebak ketika menonton momen 'mahal' itu.

Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

Jangan lupa saksikan Schawal Baby Boom, setiap Khamis, jam 9.30 malam di Astro Ria.

Comelnya baby girl baru @schaalyahya @awalashaari ! Korang yang terlepas tengok pengalaman Scha melahirkan anak kedua beliau secara eksklusif dalam Schawal Baby Boom 2021 boleh saksikan siaran ulangannya pada Ahad ini jam 12 tengahari di Astro Ria HD (CH104) & Astro Ria (CH124) atau boleh strim di Astro GO dan On Demand.