HIBURAN

EKSKLUSIF: Eddie Hamid Selit Doa Untuk Eda Ezrin Dari Makkah - "Kalau Benar-Benar Dia Tak Bersalah ..."

Amri Hassan 06/03/2025 | 07:28 MYT
Komposer popular Eddie Hamid meluahkan rasa lega terhadap keputusan mahkamah melibatkan penyanyi wanita kelahiran Kelantan, Eda Ezrin pada Khamis.

BERITA TRENDING: Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”

Eddie, 62, yang sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah mengaku sempat menyelitkan doa buat rakan artis itu yang kini ditahan di penjara Narathiwat, Thailand.

"Ada, saya ada juga menyelitkan doa untuk Eda. Kalau benar-benar dia tidak bersalah, mahkamah akan membebaskan Eda dan kawan-kawannya itu. Kita doakan yang baik-baik," katanya ringkas kepada Gempak.

Dalam pada itu, Eddie masih belum mempunyai perancangan lanjut mengenai karier Eda seandainya dibebaskan dari penjara Narathiwat kelak.
"Saya belum terfikir apa-apa lagi fasal karier nyanyian Eda. Janji dia dah bebaskan itu saya bersyukur sangat-sangat dah.
"Rezeki Ramadan tu buat Eda dan sekeluarga dan peminat setianya," tambahnya.

BERITA TRENDING: "Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid

Eddie menjelaskan dia tidak berhubung secara langsung dengan keluarga penyanyi itu yang kini berada di Kelantan dan hanya dimaklumkan mengenai khabar Eda menerusi laporan media dan sahabat rapat.
Eda yang popular menerusi lagu Bea Sobar Bea bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis memutuskan mereka bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.
Media sebelum ini melaporkan Mahkamah Wilayah Narathiwat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila nasib Eda Ezrin, suami serta empat rakannya akan diputuskan pada Khamis.
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, Thailand pada 1 November tahun lalu.

BERITA TRENDING: Eda Ezrin & Den Manjo Viral Lagi Dengan Cinta Setandan Pisang, Lagu Loghat Kelantan Mendunia Di TikTok, Stesen Radio!

#Penyanyi #Komposer #Thailand #Eddie Hamid #Narathiwat #Eda Ezrin #Pil Kuda #Bea Sobar Bea