Kumpulan Muse masuk Malaysia! Itu adalah sebuah khabar sangat gembira buat seluruh peminat anggotanya, Matt Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard.

Lebih membanggakan, Malaysia menjadi satu-satunya negara Asia yang masuk dalam rangka tour album terbaharu Muse Will of the People.

Dan sekalung tahniah buat penganjur, Hello Universe kerana tidak berputus asa mendapatkan band tersebut masuk sekaligus melakukan persembahan skala besar secara terbuka pada 29 Julai 2023.


“Hello Universe sangat berbangga dan teruja kerana pada awalnya Muse tidak mahu mengadakan tour atau konsert, apa lagi di Asia.

“Saya ingin itu sekitar bulan 9. Tapi saya ajak rakan kongsi mencuba nasib sekali lagi pada bulan 10 dan sewaktu menunaikan umrah di Mekah, saya memang tak malu cakap saya berdoa Allah makbulkan impian Hello Universe membawa Muse ke Malaysia.

“Syukur selepas bulan 10 kami mencuba sekali lagi, pihak Muse hanya membalas kami pada Januari 2023 dan keputusannya yes,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf sewaktu ditemui media pada sidang akhbar yang dilangsungkan di Zepp Kuala Lumpur.

Kehadiran Muse menerusi siri konsert Will of the People di Malaysia dijangka akan menarik sama peminat band dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia sekaligus menjana ekonomi negara.

Meski sudah mengumumkan Muse akan beraksi di Malaysia, penganjur masih belum memberitahu lokasi dan harga konsert.

“Berbanding konsert pada 2007 yang dilakukan secara indoor, konsert Will of the People kali ini akan berlangsung secara outdoor.

“Cuma kali akan umumkan lokasi saing dengan pengumuman band lokal yang dipilih Muse untuk membuka konsert mereka.

“Sasaran kami adalah lebih 50,000 penonton dengan harga tiket bermula serendah RM350 sehingga RM900,” jelas Adam lagi.

Justeru tiket pra jualan akan mula dijuam pada 2 Mac 2023 (Khamis) pukul 10 pagi dan dibuka kepada umum pada 3 Mac pukul 10 pagi waktu tempatan.