Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

EKSKLUSIF: Syafie Naswip Dan Aishah Azman Bakal Bertunang April Ini

Badrul Hashim 12/02/2019 | 01:00 MYT
Tiga tahun mengenali hati budi, akhirnya Syafie Naswip memulakan fasa seterusnya dalam percintaan mereka dengan meminang Aishah Azman.
Tidak ada gossip panas mahupun cerita buruk, percintaan mereka berdua sememangnya mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
"Sejak setahun yang lalu kami semakin rapat apabila berlakon bersama dalam drama rantaian Waliuddin 2 Ringgit," kata Syafie mengingat kembali.
"Yang penting, keluarga merestui hubungan kami. Itu yang penting.
"Kami merancang untuk mengikat tali pertunangan pada bulan April ini, tapi tarikhnya biarlah saya simpan dulu," kata Syafie eksklusif kepada Gempak.
Menurut Syafie lagi, apabila semuanya sudah diatur dengan baik, dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya nanti.
Ditanya lama mana tempoh pertunangan dan bila pula mereka bakal bernikah, Syafie tersenyum.
"Biarlah satu-satu dahulu, tapi tempoh pertunangan saya rasa tidaklah terlalu lama," kata Syafie seolah memberi gambaran tentang perjalanan mereka ke jenjang pelamin.
"Saya tak akan merahsiakan perkara yang baik kerana kami ke arah 'membina masjid'," ungkap Syafie.
Syafie berharap peminat-peminat akan mendoakan kebahagiaan beliau dan Aishah.
#Syafie Naswip #Aishah Azman
;