Ekspresi Wajah Lucu Di Kertas Undi Jadi Tular, Komeng: “Itu Foto Selfie Ambil Depan Rumah”
Maliah Surip
17/02/2024 12:55 MYT
17/02/2024 12:55 MYT
Nama pelawak senior Indonesia, Komeng menjadi buah mulut sejak Pemilihan Umum (Pemilu 2024) yang berlangsung pada 14 Februari lalu.
Hal itu kerana pemilik nama sebenar Alfiansyah Komeng itu tiba-tiba ikut bertanding sebagai calon legislatif (Caleg) dari Jawa Barat.
Namun bukan hanya kerana pelawak itu tiba-tiba terjun ke bidang politik di bawah parti bebas tetapi adalah foto dengan wajah lucu Komeng yang dicetak di kertas undi menjadi tular.
Dan berkat wajah lucu yang dipamerkan Komeng, dia telah menerima undian yang banyak dalam kalangan pengundi.
Para pengundi menyifatkan Komeng yang tidak pernah langsung memasang iklan kempen atau cuba ‘menjadi orang politik’, sebagai jujur dan lucu — semuanya gara-gara foto wajahnya yang kelihatan ‘terkejut’ dan bersahaja di kertas undi.
Setelah menjadi tular dan buah mulut, Komeng bercerita mengenai foto tersebut.
Pelawak berusia 53 tahun itu mendedahkan foto tersebut dirakam secara selfie.
“Foto itu diambil di depan rumah. Saya rakam sendiri secara selfie kerana pada waktu itu sedang memanaskan enjin kereta, mahu keluar.
“Ya, jadi saya selfie saja, matahari pun cantik,” kata Komeng seperti dilaporkan Detik.com.
Komeng kemudian menjelaskan dirinya juga mendapatkan izin untuk menghantar foto tersebut dicetak dalam kertas undi daripada pihak berwajib.
“Saya tanya dulu, ada undang-undang atau aturan tak jika mahu menghantar foto. Kata mereka tidak dan setelah melihat foto, tidak.
“Mereka kata ya kalau abang mahu guna foto begini (foto wajah lucu), tak ada masalah,” jelasnya lagi.
Dia juga menyifatkan foto lucu tersebut sesuai dengan slogan dan perjuangannya dalam politik.
“Komedi itu pemicu kebahagiaan. Saya mahu rakyat bahagia,” katanya.