Gaya Hidup
Elak Ditipu, Ini Cara Kesan Daging Ayam Mentah Disuntik
Daging ayam boleh dikatakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Namun tahukah bahawa ada segelintir peniaga mengguna cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging dan itu bukanlah satu perkara yang baru.
Dikenali sebagai teknik ‘plumping’, sesetengah peniaga menggunakan cara tersebut untuk mengaut keuntungan.
Peniaga menyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam untuk mengekalkan kesegaran dan rasanya.
Oleh hal demikian, Facebook rasmi Public Health Malaysia berkongsi tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik sebagai panduan kepada orang ramai.
1.Air menitis dengan banyak apabila digantung atau diangkat.
2.Keluar air dengan banyak apabila dimasak.
3.Air bergenang disekitar apabila diletak.
4.Kulit ayam kelihatan berkilat dan tidak kesat
5.Daging mengecut apabila dimasak
Semoga panduan ini memberi manfaat buat pembaca Gempak.
Must-Watch Video