Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elak Isu Cinta Lokasi, Michael Ang Letak Syarat Untuk Pelakon! - "Mulai Hari Ini Kena ..."

Shahrin Zulkifle
10/02/2023 03:00 MYT

Pengarah popular, Michael Ang meluahkan pandangannya berhubungan sikap segelintir pelakon yang terpalit dengan isu cinta lokasi seperti mana yang hangat diperkatakan ketika ini.

Tegas Michael, barisan pelakon yang akan bekerja di bawah arahannya perlu menandatangani sebuah kontrak yang mana perjanjian tersebut adalah tidak boleh menjalin hubungan cinta ketika di set.

“Mulai hari ini, siapa pelakon lelaki atau perempuan dalam set aku, kena sign (tandatangan) kontrak yang tidak akan bercinta dekat set,” katanya menerusi satu perkongsian terbaharu di Instagram.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dalam masa sama, pengarah drama The Maid itu turut mengakui dirinya merasa penat apabila diajukan soalan daripada pihak media yang meminta dia mengulas mengenai isu tersebut.

Soal Michael, mengapa dirinya yang perlu menjawab isu tersebut sedangkan bukan dia yang mencetuskan kontroversi berkenaan.

“Stress aku nak layan wartawan yang call, lepas itu cakap nak buat marketing.

“Yang bercinta, berskandal dia orang, bukan aku! Stress aku, shut down je la hari ini. Suruh berlakon bukan bercinta,” tambahnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan di laman sosial apabila ada seorang ‘heroin’ yang dikatakan tersuka dan jatuh cinta dengan gandingganya menerusi sebuah drama.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Michael Ang #Pengarah #Pelakaon
;