Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Elak Jumpa Isteri & Anak-Anak, Haziq Hussni Kuarantin Dalam Bilik

Syafiqah Jalal
24/11/2020 11:09 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni bersyukur kerana keputusan ujian saringan Covid-19 yang dilakukan adalah negatif.

Namun, Haziq tetap mengambil inisiatif sendiri untuk melakukan kuarantin kendiri di rumahnya selama 14 hari.

Malah, Haziq juga elak dari berjumpa isteri dan anak-anaknya serta kuarantin di dalam bilik berasingan.

“Alhamdulillah keputusan negatif. Saya akan lakukan kuarantin sendiri dan akan buat ujian test kedua pada 10 hingga 12 hari lagi. Terima kasih yang mendoakan.

“Ya, Haziq kuarantin dalam bilik asing dan tidak akan keluar selama 14 hari. Jadi saya tak jumpa dengan isteri dan anak-anak,” katanya.

Haziq berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Haziq berkongsi video IG Live bersama isterinya, Ayunda Putri secara berasingan kerana berada di dalam bilik berbeza meskipun berada dalam satu rumah.

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm)


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi semangat kepada Haziq.

“You can do it Haziq!” kata salah seorang warga maya.

“Be strong dan moga dipermudahkan segala urusan,” komen salah seorang netizen.

“Stay safe. Nampak masih gembira walaupun kena kuarantin,” puji salah seorang warga net.

Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Heidy Nufael dan Chayra Auliya.

BACA: Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel & Amira Othman Negatif COVID-19

Pada Ahad lalu, penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengumumkan dirinya positif Covid-19.

BACA: Alif Satar Positif COVID-19; “Saya Mohon Maaf, Doakan Saya” -

Alif yang membuat persembahan pada 20 November (Jumaat) kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Susulan itu, kebanyakan rakan artis yang terlibat dalam program sama diminta untuk membuat saringan Covid-19.
#Haziq #Haziq Hussni #COVID-19 #Kuarantin