Laman Utama
“Elaklah Tanya Soalan Sensitif”- Zulin Aziz Berang Diaju Soalan Anak, Rupanya Baru Keguguran
Pelakon Zulin Aziz sudah hilang sabar dengan sikap segelintir netizen yang terus-menerus bertanyakan soal zuriat.
Susulan diasak dengan soalan berhubung cahaya mata itu, Zulin tiba-tiba mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya baharu sahaja mengalami keguguran bulan lalu.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada baby. Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas
"Boleh faham tak isi hati orang yang tengah tunggu baby ni,” katanya.
Zulin berkongsi perkara berkenaan pada hantaran dalam TikTok sekali gus meleraikan persoalan netizen berhubung anak.
Kata Zulin, sepatutnya netizen lebih peka sebelum melontarkan soalan berbaur sensitif, terutama seperti isu peribadi soal hubungan, perkahwinan dan cahaya mata.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.
“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu,” katanya.
Zulin mendirikan rumah tangga dengan rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu.
Must-Watch Video