Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar latihan industri kepada RM900 sebulan berkuatkuasa 1 September depan.

BACA: "Experience Doesn't Pay The Bills" - Syed Saddiq Mahu Pelajar 'Interns' Dibayar

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kenaikan kadar tersebut melibatkan semua kementerian, agensi dan juga Jabatan Kerajaan.

"Saya ingin menyampaikan berita baik kepada anak muda yang akan melalui latihan amali. Alhamdulillah, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar elaun peningkatan tiga kali ganda.

"Ini merupakan penambahbaikan yang sangat baik daripada tiada pembayaran langsung kepada RM15 sehari dan sekarang ke anggaran RM45 sehari," katanya menerusi sepotong video di Twitter malam tadi.

Syed Saddiq sebelum ini menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

BACA : #PaidInternship: Syed Saddiq Tunai Janji, Pelatih Praktikal Akan Mula Dibayar Elaun

Hal ini kerana masih banyak anak muda dalam kalangan gologan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menjalani latihan praktikal, tetapi tidak mendapat elaun.