"Elaun Latihan Praktikal Naik RM900!" - Syed Saddiq

Amri Hassan
Ogos 16, 2019 05:46 MYT
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun pelajar latihan industri kepada RM900 sebulan berkuatkuasa 1 September depan.
BACA: "Experience Doesn't Pay The Bills" - Syed Saddiq Mahu Pelajar 'Interns' Dibayar
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kenaikan kadar tersebut melibatkan semua kementerian, agensi dan juga Jabatan Kerajaan.
"Saya ingin menyampaikan berita baik kepada anak muda yang akan melalui latihan amali. Alhamdulillah, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar elaun peningkatan tiga kali ganda.
"Ini merupakan penambahbaikan yang sangat baik daripada tiada pembayaran langsung kepada RM15 sehari dan sekarang ke anggaran RM45 sehari," katanya menerusi sepotong video di Twitter malam tadi.
Syed Saddiq sebelum ini menekankan kepentingan pemberian elaun kepada pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan golongan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).
BACA : #PaidInternship: Syed Saddiq Tunai Janji, Pelatih Praktikal Akan Mula Dibayar Elaun
Hal ini kerana masih banyak anak muda dalam kalangan gologan B40 dan M40 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila mereka menjalani latihan praktikal, tetapi tidak mendapat elaun.

Alhamdulillah. Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar allowance #PaidInternship di Kementerian/Agensi/Jabatan, dari RM300 ke ~RM900 (RM5 setiap jam). We did it! Berkuatkuasa pada 1 September 2019. #YouthPower pic.twitter.com/4cSbIJDnSS

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Syed Saddiq #Elaun