Pengacara Eleena Sui mengakui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin dengan Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman.

Namun Eleena memberitahu mereka masih berada di fasa bulan madu.

"Semestinya saya menginginkan anak. Setiap pasangan yang dah berkahwin akan mempunyai hasrat sebegitu.

"Tapi kami ada juga merancang untuk mempunyai anak selepas dua tahun kerana masih dalam fasa bulan madu.

"Walau bagaimanapun, kami bersifat terbuka untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa," katanya kepada Gempak.


Eleena atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah berkata, dia percaya dengan rezeki yang telah ditentukan kepada mereka.

Eleena dan suaminya, telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2017.