ASTRO GEMPAK ARTICLE
Elfira Loy Menangis Bagi Ucapan Masa ‘Wedding’ Ezlisa Loy - “Banyak Masalah, Perasaan Yang Saya…”
Majlis perkahwinan pelakon Ezlisa Loy dengan pasangannya yang dikenali sebagai Hafiz yang berlangsung pada Ahad menarik perhatian netizen.
Kongsi perasaan
Terutama momen kakak kepada Ezlisa iaitu aktres Elfira Loy memberi ucapan buat satu-satunya adik perempuannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ezlisa Loy & Hafiz Kini Suami Isteri
Menerusi video yang tular di TikTok, Elfira yang menahan rasa sebak berkata dia banyak berkongsi masalah dan perasaan dengan Ezlisa atau mesra dipanggil sebagai kak cik.
“Kak Cik adalah satu-satunya adik perempuan saya. Disebabkan kak cik adalah adik saya, banyak masalah, banyak perasaan yang saya kongsikan dengan kak cik,” katanya.
Rata-rata netizen turut dapat merasai rasa sebak daripada ucapan Elfira itu.
Untuk rekod, Ezlisa Loy selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihanya yang dikenali sebagai Hafiz pada Ahad.
Menerusi perkongsian di Instagram stories milik perancang majlis, Sanggul Event pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Ezlisa dan Hafiz telah selamat mengikat tali pertunangan pada 27 April 2024.
undefined